Wednesday, June 22, 2011

Berenang merenang renang !


Hey semua. Salam. Apa kabar? I sihat je. Korang semua ada cerita baru tak? I ada jugak la cerita sikit sikit yang boleh share. Macam biasa lah kan aktiviti harian i dekat rumah. Melepak dengan kawan kawan i. So semalam i dengan kawan kawan i pergi swimming pool dekat resort. Ntah apa benda ntah nama tempat tu. I pergi dengan Aja and Mira. Aja bawak anak buah dia and Mira bawak adik bongsu dia, I je yang single. haha

Actually kiteorg takde pulak nak plan kencang sangat pon nak gi mandi manda ni ha. Kelmarin kitorg plan then semalam terus je pergi lepas dah confirmkan semua bagai dengan kawan i yang ada kerja jugak dekat resort tu sebab nak taw kolam tu tutup hari apa untuk cuci. Lepas dah confirm semua, petang tu dalam pukul 2 kiteorg gerak lah. Masing masing bawak bekalan makanan and minuman lah sebab nanti mula lah lapar kan time mandi manda tu. Lagipun ada budak kecik kan, so diorg lagi lah kuat makan and minum air.

Masa dah sampai tu, apa lagi terus bukak bekal and melahap lah. Yang budak budak semua dah pergi mandi. Excited gila ! Lepas balik dari sekolah terus packing baju and dok pegang je beg tu sampai lah naik kereta. hahah biasa lah budak kecik kan. Ye dak? Semangat gila dieorg bila dah sampai tu. Yang paling kelakar, masa i and kawan kawan i tengah makan, anak buah Aja dok jerit cakap nak kencing. Hahaha. I rasa memang dia kencing je dalam tu. Biar gasak lah ! Lepas makan makan, kiteorg bergambar dulu lah dekat sekitar resort tu. Lepas tu baru lah mandi.

Snap gune phone i sebab tak taw nak suruh siapa tolong amik gbr. huhu

Macam macam ada :)

Saje promote beg i. haha

I dengan miss sexy. Mira

I dengan Aja. My mamamia :) haha


3 rangers ! yehaa

Tu lah adik mira (boy) and anak buah Aja (girl)





I bukan OKU okeh. Tengok kaki i. PELIK

Sayang kamu Aja :)
 Now, sambung membebel semula. Masa kiteorg semua tengah syok mandi, then ada lah pulak orang dari mane ntah dok buat program dekat situ. Diorng buat treasure hunt. Kena amik batu putih dalam kolam yang kiteorg tu dok berenang.  Orang yang tukang jaga dekat kolam tu memang dah pesan dekat i and kawan kawan i supaya jangan tolong ambilkan batu tu. Tapi ada pulak sorang makcik ni dengan muka kerek duk suruh Mira ambilkan batu tu. Then Mira cakap lah tak boleh. Lepas tu dia suruh i pulak ambil. I pun cakap lah tak boleh. Yang i bengangnya sebab masa dia cakap dengan i tu, muka sikit punya bebal. Sombong, angkuh, bongkak semua bagai. Mana lah i tak menyirap. Langsung takda adat. Dia suruh i amikkan batu tu dengan nada yang seakan menengking tapi takde tengking macam nak marah cuma kerek gila ! grrrr. BUDI BAHASA BUDAYA KITA ye makcik oi. 

Then lepas dah puas mandi semua, kiteorg salin baju and siap siap nak balik tapi singgah la bandar jengka kejap. Nak taw i terjumpa siapa. Cuba teka. hahaha. I terjumpa adik MFB. hahaha. Adik dia study dekat Uitm Jengka. I dah tiga kali terserempak dengan dia. Semalam masa terjumpa tu i sempat say hye je sambil senyum sebab i dah nak balik :) hihihi. I sampai rumah pukul 6.45 petang. Malam tu pulak kaki i kejang. OMG memang sakit gila ! I tak tahan then mengadu lah dekat MFB. Then dia cakap supposedly kena warming up dulu before nak mandi dekat swimming pool sebab nak longgarkan otot otot kaki. Kalau tak warming up dulu memang akan kejang. huhuhu mane lah i taw :( Sumpah memang sakit gila. Aja pun kejang jugak malam tu. Mira je yang tak kejang sebab dia langsung tak berenang pun. hahahah

Ni i nak balik dah. hihih :)

 Okey lah, i rasa dah meleret dah cerita i ni. Panjang panjang sangat kang boring pulak nak baca kan. hihihi :)



Sunday, June 19, 2011

grooming time !



Salam semua. Hye ! Kanak kanak semua sedang buat apa saat ini? hahah. I hari ni alhamdulillah sihat sejahtera hendaknya. hihihi. Dah berapa hari ek i tak update blog i. Ada la dalam 3 4 hari kan? Nak taw sebab ape? Sebab i malas. hahaha :) Okey hari ni i ada cerita best jugak lah nak share dengan korang semua (bape ketul je lah yg follow blog i ni.) Today i dengan kawan kawan i buat grooming. Grooming tu macam make up lah. Aja and Mira datang umah i sebab nak groom muka i. I lah yang jadi modelnya. haha

Ni lah Mira yang dok make up kan i. Sory i curik gbr u dalam fb :) hihii

Ni pulak Aja. Dok snap gbr i ala ala model terunggul. hahaha :)

So masa mula mula diorang sampai rumah i, ingatkan lepas borak memang terus nak grooming lah kan. But entah macam mana mak i tiba tiba datang then berborak sekali. Sangatlah lama. Mira segan lah nak make up kan i depan mak i. haha :) Macam macam lah yang mak i dok borak kan. Biasa lah orang tua kan, banyak lah ceritanya. Ye dak? Hihihi. So nak tak nak, memang kena tunggu sampai mak i pergi tempat lain lah.

Lepas tu bila mak i dah cabut pergi tempat lain, apa lagi kan, terus grooming lah. I jadi model. Mira jadi mak andamnya. Firsly i kena cuci muka untuk hilangkan minyak. haha jijik kan? Then lepas tu start lah make up muka i. Mira kawan i ni memang pandai make up lah sebab dia hari hari make up tak kira nak pergi mana. I puji lah dia sebab memang banyak gila alat alat make up ! Wow, memang macam mak andam lah. haha Penuh alat make up satu beg :) Semua ada. Lengkap ! Eye liner, maskara, eye shadow, lipstick, compact powder and what so ever ! Fuh, memag mak andam yang berjaya. SANGAT! haha

Okey lepas tu bermula lah operasi menggomakkan muka suci i ni. Dari pakai foundation sampai lah akhirnya, lipstick. I ni memang tak biasa make up and tak pernah make up pon. So bila dah kena grooming ni memang i rasa muka i macam kena sapu dengan tepung beras macam nak buat kuih lapis. haha . I rasa macam pelik je muka i tapi kawan kawan i cakap ok. Tak taw lah diorg main main or apa. Diorg bukannya boleh pakai sangat. hahaha. Ok, i ada up gambar grooming tadi. Tengok lah and jangan gelak. I taw memang kelakar muka i. Yes !





Sumpah buruk macam minah Acheh !


Hahaha kelakar gila kan. I dah la tak pandai nak posing maut ke hape. Aja pulak sibuk suh i posing snap pic semua bagai. Hoi memang kaku lah. Kelakar habis. Baju pon xde prepare. So pakai je lah tshirt burok ni hah. Korang gelak lah puas puas okey. SILA. Ada banyak lagi tapi kalau i up semua pic dekat sini alamat terkencing lah korang tengok pose maut i semua. haha :)


Bila dah kena make up macam ni, mula lah berangan nak tunang and kahwin. hahaha poyo. MFB i tak suka i make up. Dia nak i natural je. Boleh pulak dia cakap kalau kahwin nanti, dia nak pesan dekat mak andam suruh jangan make up tebal tebal dekat i. Make up sikit je. Pakai bedak and lips ice je :) Nak taw sebab ape? Dia cakap nanti bila amik gambar, muka i jadi lain and dia rasa macam kahwin dengan orang lain. haha. Hoi sayang, i merayu dekat u, i nak make up lawa lawa masa kahwin nanti. Sekali seumur hidup je lah :) PLEASE. hahaha.

Ok lah, enough la kot cerita grooming i hari ni. hahaha. Salam :)

Monday, June 13, 2011

Mimpi

Salam semua :) Hye, dah makan ke? Dah dua hari i tak updates blog i ni sebab kelmarin i sibuk tengok bola Piala FA. I yakin korang semua mesti tengok jugak kan. Sama lah dengan i. Nak taw i sokong team mane? Terengganu menang 2-1 mengalahkan Kelantan. Yeay ! PETEH PENYU . hahaha sure lah Terengganu. Malam tadi pulak ada final AF9. I memang tak minat Af tapi disebabkan malam tadi tak taw nk tengok cerita apa, i offer lah diri i untuk layan Af. Finally Hazama menang. Dapat RM200,000 woo ! Okeylah, i tak nak mengarut pasal semua ni pun. I nak cerita pasal mimpi i malam tadi.(13 Jun 2011). Mimpi apa? Cuba teka. haha :)

Actually malam tadi i mimpi i berkawan dengan sorang mamat yang SUNGGUH kacak bergaya tampan segak menawan segala macam bagai lah ! I kenal sangat dengan mamat tu tapi yang pasti i bukan mimpi MFB. haha kejam tak? Mesti lah tak sebab bukan i yang nak mimpi macam tu. Okey, let me story about my dream last night.

I am a student of sekolah apa i pon tak pasti. I senior lah dekat sekolah tu, maybe form 5 lah kot. I ada berkawan dengan seorang mamat dekat sekolah tu. Rakan sebaya i lah, Afiq (bukan nama sebenar). Afiq ni boleh lah kalau nak dikatakan HERO dalam sekolah i tu. Memang ramai gila lah student perempuan yang minat dekat dia tak kira lah senior ataupun junior. Tapi biasa lah kan, junior mesti lah lagi gedik gedik dok minat dekat Afiq ( i tak anti-junior ok. hihi ). Pantang nampak Afiq lalu je, semua dah dok baiki baiki tudung, mata dok jeling jeling tengok si Afiq tu ha. I tak taw lah kenapa ramai sangat yang suka dekat Afiq. Sebab dia handsome lah kan. haha. I takda lah pulak menyimpan perasaan dekat Afiq sebab kawan baik i. I memang bangga lah kalau Afiq jalan dengan i sebab i boleh tengok muka muka student perempuan yang jeles and tak puas hati dengan i. haha nak buat macam mana kan murid murid perempuan semua, Afiq bestfriend i.

Nak dijadikan cerita lah kan, ada satu hari tu i dengan Afiq jalan sekali lah nak pergi kantin kalau tak silap i. Mase kiteorg tengah jalan tu, ada 2 orang junior perempuan tengah duduk dekat pokok bunga tepi laluan jalan kaki. I cakap lah dekat Afiq,

"Fiq, peminat kau tu, dok baiki baiki tudung dah aku tengok'.

"Haha kau ni perasan je kan siapa yang tengok aku"

"Oi Fiq, haruslah aku perasan, disebabkan kau lah, aku yang perempuan ni dapat banyak mesej hari hari dari perempuan perempuan lain. Semuanya tanya pasal 'Afiq'. Huh, geram aku".

Afiq gelak je bila dengar i membebel. Then Afiq cakap dekat i,

"Zurin, aku ada plan baik punya ni. Kau ikot je taw."

"Okey beb, aku rasa aku taw apa kau nak buat. Aku follow".

Dari jauh lagi i dengan Afiq dapat dengar apa yang 2 orang minah tu cakap. Nak taw dieorang cakap apa.

Junior 1: "Eii abang Afiq lalu. Aku suka gila dekat dia !"(sambil betulkan tudung)

Junior 2: "Aah la kan, abang Afiq tu handsome sangat. Aku pun minat dia jugak ". (Sambil betulkan tudung jugak)

I dengan Afiq dah gelak gelak dah. Bila sampai je depan minah 2 orang yang dari tadi dok usha Afiq tuh, dengan selamber je Afiq pegang tangan i and jalan rapat gila dengan i. Kononnye i dengan dia ni couple. hahaha :) Bodoh kau Afiq. Then i dengar 2 orang minah junior tu cakap,

"Wei, tu awek abang Afiq ke ?" (muka sedih)

Hahahah, i nak tergelak gila tapi Afiq suruh i cover. Woi, i jadi famous sekejap. hahaha :) Kesian i tengok muka 2 orang junior tu tadi, memang frust sangat lah. Kah kah kah. Yang Afiq pulak dok pegang lagi tangan i. Bengong betol. Last last bila dah sampai dekat kantin, i sigung perut dia. Kenapa dekat perut? Sebab Afiq tinggi and i pulak pendek chumel je :) haha. Afiq sokmo buat mimik muka muntah bila i puji diri i sendiri.

"Hoi, kau tak payah nak buat muka, dah la aku ni jadi posmen tanpa cukai untuk kau! "

"Ala relax la beb, nanti aku bawak kau camping nak?"

Hahaha itulah Afiq, bila i merajuk dengan dia, dia pandai pujuk i semula dengan janji janji manis dia tu. haha. Bukannya i tak taw yang dia tu suka tipu i. Cakap nak belanja i aiskrim Cornetto. Tengok tengok dia belanja i aiskrim pop (aiskrim malaysia) yang boleh patah dekat tengah tu. Dah la beli satu je then kerat dua dengan i. Konon romantik lah tu. Huh ! Tarak guna punya kawan. 

Tapi disebabkan keakraban kiteorang lah, ramai student perempuan tak puas hati dengan i. Cakap i tak sedar diri. Pernah sekali tu i marah gila dekat Afiq sebab ada sorang minah mana ntah tiba tiba datang dekat i masa dalam kelas then tampar muka i sebab i rampas pakwe dia a.k.a Afiq. Tak malu betol mengaku yang dia tu makwe Afiq. haha. I pun apa lagi, bagi lah penerajang Jepun i yang i dok belajar tiap tiap malam selasa and rabu dengan Afiq dekat rumah Ustaz Halim Yazid.( i tipu). haha. I memang geram gila la, memang lebam lah i rasa betis budak tu kena terajang dengan i. Then, 3 hari i tak tegur Afiq. Afiq dah puas minta maaf dekat i tapi i buat tak taw je. Geram gila !

3 days later, i dah ok semula dengan Afiq sebab dia belanja i makan besar dekat kedai ikan bakar. hahaha. Afiq memang handsome, baik and popular dekat sekolah tapi dia tak pernah bangga atau riak dengan apa yang dia ada. And apa yang penting, dia sekepala dengan i, sebab tu i ni boleh jadi 'girlfriend' sejati dia. Untuk pengetahuan semua junior junior and senior senior perempuan dekat sekolah i, Afiq single ! Dia memang tak ada makwe atau awek atau cikaro atau apa apa pon lah. Dia cakap dia tak nak bagi komitmen lagi dekat sebarang perhubungan yang melibatkan hati dan perasaan. Cuma dengan i je dia ada hati and perasaan bila i selalu mengutuk dia. hahah.

Then, tiba tiba i terjaga sebab mak i kejut suruh solat subuh. hahaha. Tak siap lagi mimpi i. Tapi i tak taw kenapa i rasa macam best pulak mimpi i tu. Bukan nak cakap yang i minat dekat Afiq (bukan nama sebenar), tapi i cuma rasa yang mimpi tu seakan akan betul and memang pernah terjadi pon ! huhuhu. I tak nak ingat Afiq sebab dia akan mengingatkan i pada seseorang yang pernah i suka+sayang. hahaha. Tu semua cerita lama. Dah 4 tahun yang lepas.(kisah benar)

Ni lah Afiq a.k.a Wu Chun. haha Tapi seriously muka Afiq (bukan nama sebenar) memang lebih kurang macam ni
Macam ni lah i dengan Afiq tu. hahah
Panjang gila mimpi i. haha




Friday, June 10, 2011

Lepak-ing with my b.friends-Henna


Hoi hoi hoi. Salam semua. Apa habaq? haha :) I nampak happy kan hari ni. Sure ! I happy lah hari ni sebab i tak boring duduk rumah. petang tadi kawan kawan i datang rumah i. Macam biasa lah, kiteorg lepak. Selalunya kiterog ni berempat tapi disebabkan sorang lagi kawan i tak balik cuti lagi, so kiteorang bertiga je lah yang meriuhkan suasana. Kiteorg ni memang gila gila perangai. Sama lah macam Rudhiah and Ako, dieorg kawan rapat a.k.a baik i dekat UM. Kalau dekat rumah i pulak, i ada 4 sekawan. I, Aja, Fizah and Mira. Nanti i introduce sorang sorang tentang kawan kawan i ni eh. huhu. Hari ni bia i cerita pasal kegiatan kiteorg. 

Macam biasa lah, kiteorg kalau dah jumpe, memang tak hengatttt dunia lah. Ada aje cerita dan gosssip yang kiteorg nak kongsi sama sama. Mulot memang macam mesin taip lah kalau bercakap tambah tambah i. haha :) Seriously, i memang suka bercakap ! Petang tadi Aja and Fizah atau Kojah datang rumah i bawak laksa 3 bungkus, abc and keropok lekor rm4 ! haha gila banyak kiteorg makan. Aja lah, tak ingat dunia pergi beli keropok sampai RM4. Tapi tak ape, i makan aje sebab bukan i yang belanja. haha. I cuma belanja air dengan pinggan mangkuk dekat rumah i. 

Then, bila dah siap makan tuh, tiba tiba Kojah cakap yang dia ada pakai inai atau henna. Siap bawak lagi. Aja pun apa lagi, terus suruh i bukak facebook, search nama nurul ellyn a.k.a pak andam terkenal dekat kampung i. haha Dia amik ilham rekaan henna dari gambar yang nurul ellyn upload dekat fb dia. Lawa lawa taw. Nurul memang berbakat ! I puji :) Model tangan yang nak dipakaikan henna tu mesti lah i. Aja lah yang buatkan. Sementara tu si Kojah sibuk nak main game Tumblebugs dekat laptop. Eh, mana lah boleh sebab Aja nak tengok gambar ukiran henna dekat fb. Lepas tu baru i ingat yang dekat phone i ada banyak gila game. Tumblebugs pon ada jugak. Kojah pon apa lagi, terus bluetooth lah game dari phone i. I suruh ambil semua tapi dia tak nak sebab phone dia takda memori. Ntah mane dia campak, i pon tak taw. haha
Sama tak ukiran yang ada dekat tangan i dengan sample dari koleksi Nurul Ellyn?

Okey, berbalik pasal tangan i yang jadi model henna ni, Aja buat lah sampai siap. Henna ni pekat taw, sekejap je dah pekat. I pulak tak reti duduk diam. Asik gelak je dengan Kojah, habis comot comot bagai. haha bila gelak memang bergegar badan+tangan sekali. Lepas dah siap buat dekat tangan i, Aja buat dekat tangan Kojah pulak. Disast habis sebab Kojah lagi lah tak reti duduk diam. Yang paling terok, henna yang Aja ukir dekat tangan dia kena gelang tangan dia sendiri sebab gelak tu melurut ke bawah. haha. Habis comot. Kelakar gila ! Lepas tu, i pulak ukir henna dekat tangan Aja. Lagi lah disat habis. I tak taw corak apa yang i buat untuk dia. Buruk gila i tak tipu. haha :) Kesian Aja.

Bila dah siap buat semua, henna ada lebih lagi, so Aja taruk pulak dekat kaki i. Memang dah macam nak kawen lah. Dah la buruk, comot comot habis sebab i dah tergesel kaki i dekat lantai. Habis semua ! haha. Okey dekat bawah ni i ada bubuh gambar ukiran henna. Jemput lah tengok okeh.

Ni tangan i masa lepas siap ukiran henna by Aja


Ni pulak tangan Aja. I yang buatkan. Cantik tak? haha. Ok i sedia dengar jawapan u all. :)

Ni pulak tangan Kojah, Nampak tak yang belah atas tu comot habis sebab kena gelang !

Tangan i and Aja

Tangan Kojah. Nampak tak satu jari yang kosong tu, dia cakap nak sarung cincin. haha


Ni ukiran dekat kaki i. Tak lawa !

Comot habis sebab i tak duduk diam


Haha buruk gila ! padan muka Aja



Cantik kan? plis say yes .
Ni semua segala macam makanan yang kiteorg makan. haha

Ha cantik kan ukiran henna dekat tangan i, tak cama dekat tangan Aja and Kojah. hahah :) Tak kisah lah, asalkan masa lapang kiterog dah terisi. Siap nak pergi beli henna lagi nanti sebab nak deco banyak banyak. Tapi bukan lah macam tatoo kan sampai dekat badan sekali. Tunggu sampai yang ni hilang dulu, lepas tu baru lah buat ukiran yang baru.  Okey lah, kejap lagi Maharaja Lawak dah nak mula. I sokong SEPAH. Terbaik wok !

Kojah, i and Aja. Gambar ni dah lama taw. Sebab tu semua tak matured lagi. haha

Ni Kojah, i and Mira a.k.a naga

ASAL DARI KAMPUNG ! haha tagline kumpulan Kecik Raja Lawak 4


Tik Tok !


Popular Posts