Friday, August 26, 2011

Skyping with MFB *luv luv luv

Hye semua . Assalamualaikum . Sihat tak? I sihat je. Diam tak diam hari ni dah 26 hari kita semua berpuasa kan. Korang agak agak la kan, raya jatuh pd hari apa? hihihi I tak kisah pon, yg i taw, 31 Ogos tu merdeka . MERDEKA ! Sekarang ni semua orang bersemangat kan nak celebrate dua event besar sekali gus. Tapi kalau tak silap i, Malaysia akan celebrate Merdeka on 16 sept kan? Takpe lah, bila bila pon tak kisah kan, yang penting semua orang tahu erti kemerdekaan yang sebenar . *I tak suka baca buku sejarah :)

Okay sekarang i nak membebel sikit pasal si MFB tu. Eiiii i taw lah i syg u tapi u jgn la marah marah i sgt. I terasa okay :( huhuhu . Sebabnya i tak boleh nak mention kat sini lah tapi i rasa memang salah i pon. I yang cari gaduh dengan dia. haha best kan? Ala biasa lah kan, dalam perhubungan mesti lah ada pasang surutnya. Ye dak? hehehe. Tapi i kalau marah or merajuk pon takde lah lama sangat. MFB pon sama . Tapi mybe i lebih sikit la kot sebab i kadang kadang emo macam lalat hilang sayap . hahaha . Ala takpe, lepas dah pujuk pujuk semua tu i ok lah :) hahaha.

So malam tadi walaupun i marah dengan MFB tapi still nak skype jugak. Muka tak malu kan? hahha biar lantak lah kan. hahaha. I kan tengah marah marah dia kan tapi dia boleh pulak dok tersengeh sengeh macam kerang rebus+bakar . Yang i ni pulak memang tak boleh nk tengok dia buat muka muka 'comel' macam tu, nanti mula lah i nak gelak. Tapi i pandai cover lah. Bila i rasa nak tergelak, i pura pura pandang belakang lah, pandang tepi lah, tak pun i tutup mulut sebab i tanak bagi dia nampak i gelak. Kan i tengah marah dia. Hahaha tapi dia taw je yang i dok gelak. Bila pandang dia semula, i buat muka garang . haha. Alahai dah lama lama tu i okay je macam biasa walaupon ambil masa sejam nak tunggu i punya muka betol betol tersengih lebarrrrrr . :) 

Baru i tahu yang skype ni tersangatlah bagus kan. Boleh berhubung tanpa bazirkan kredit masing masing. hahah tu yang penting. So bila rindu, skype je lah. Tak kira la i yang rindu nak tengok MFB atau MFB yang rindu nak tengok i . *mata ke atas, tangan ke bahu . hahaha

U nak cover menguap kan sayang? I taw :)

MFB tengah create something untuk i.

Cuba teka MFB buat bentuk apa . *LUV
Dia main lukis lukis. Nanti tengok hasilnya okey :)




I nak bgtaw lah kan yang i rasa seronok sgt bila MFB create kan something untuk i. Maksud i macam ni, dia suka tulis atau lukis apa apa atas kertas and show kat i. Walaupon boleh taip sambil buat video call tapi bagi i, apa yang dia tulis or lukis atas kertas tu lagi buatkan i rasa happy dari dia just taip kat ruangan chat yang dekat bawah tu. Rasa lebih bermakna and dihargai. Ye dak? Korang tengok eh apa yang dia dah buat untuk i. Korang jangan gelak taw. Agak kelakar i rasa apa yang dia buat ni tapi i really really like and luv it . 

Haha tengok ni . Tak malu kan dia ?
Lagu ni dia dedicate untuk i. haha
Hahaha dia dah bongkarkan plan kiteorg :)
Sweet kan pic yg MFB lukis ni. I suka sgt .


Lastly, i hope that our love last and never die .

 Hahaha sweet tak? Tak kisah la korang nak cakap apa pun, yang penting i suka and suka and terus suka sampai bila bila. hahaha Okay lah, i ada hal jap. Nanti bila bila i update lagi ye.

Thanks 4 reading dis entry :)

Friday, August 19, 2011

semangat nak raya !

Assalamualaikum. Hello :) Hye ! Selamat berpuasa. hari ni dah hari yg ke 19 kan? Dah tak lama lagi nak sambut lebaran. Macam biasa la kan bila tiba lebaran, i confirm semua tgh sibuk nak cari baju raya, tudung, selendang, baju melayu, sampin, songkok, kasut and macam macam lagi. The same goes to me! I pon sekarang dah sibuk nak cari baju raya. MFB yang nak bawak i shopping. Mak i pon ikot sekali :) MFB baru je sampai kat rumah i petang td pukul 7. Dia stay dekat rumai i sampai isnin nanti.

Ni dah masuk tahun ke 2 i beraya dengan MFB and nak gi shopping raya sama sama. Tahun lepas i dgn MFB shopping dekat k.l tapi tahun ni i shopping dekat pahang je sebab kan tengah cuti sem, so i malas nak g k.l. Lagipon kalau i pergi k.l, takde sape pulak yang nak masak kan juadah berbuka untuk mak and abah i :) Maklom lah, i kan chef. haha 

Hurm i tak taw nak buat apa skang ni. MFB pulak dah tidur sebab dia penat sgt drive dari perak straight to jengka. Kesian kan, i taw memang dia penat sangat sangat. So i memang malas nak kacau die tidur lah. Dia tidur dalam bilik i, i pulak tidur dalam bilik anak buah i. huhuhu . Hadoi bosan weh, Si minah Dugro tu pulak tak on9, dok sibuk buat kuih. Kuih favourite i pulak tuh. huhuhu. Cornflake madu. I esok baru nak kuar gi beli barang nak buat kuih tu. I buat dua bekas, satu bekas untuk rumah i, satu bekas lagi untuk MFB bawak balik rumah ibu dia.

Okay lah, i tak taw nak merepek apa lagi. huhuhu :'( 
    
         Selamat berpuasa dan selamat hari raya Aidilfitri untuk semua yeeeee :) Assalamualaikum .







Wednesday, August 17, 2011

cermin diri .

Assalamualaikum ! Hye semua, apa cerita hari ni? Selamat berpuasa ye utk hari yg ke 18. Wow, 12 hari lagi nak raya kan. I tak sabar gila tapi i tak shopping raya lagi. Tunggu MFB datang esok. huhuhu then baru la gi serbu kedai baju. Ok hari ni sebenarnye i nak kongsi cerita sikit pasal seorang mamat yang i langsung tak kenal but tiba tiba maki hamun i dekat fb i . I bukannye nak kutuk orang sangat tambah tambah dalam bulan ramadhan ni kan. Tak baik. Kalau bulan tak ramadhan pun still not good la kan. 

So tujuan i share cerita just nak bagi korang semua renung renungkan dan selamat beramal. hahaha :) . Okey kisah die macam ni. Malam semalam i ada komen dekat satu status mamat ni . (Bi Rain nickname fb dia) . Status dia cakap yg dia tak berkenan dengan perkataan 'terbaek' . Then i komen la . I cakap 'terbaek hahaha'. Korang rasa i komen serius ke kalau i ade state kan 'hahaha' kan hujung tuh? Then dia pm i and tanya apa yang i tak puas hati dgn die. I pelik lah then tanya kenapa dgn komen i tuh, jgn lah amik port sgt sebab i gurau je. Then dia cakap dia amik kisah . I cakap la kalau tak bagi org komen, baik jgn buat status. He start to maki hamun i. Macam macam dia cakap. 

AFter dat, die post dekat wall i yang dia cuma kena kan i je. I pon malas lah nak layan, i cakap i tak knal die and dia jgn nak buat hal kat wall i. Lepas tu korang taw tak, memang die terus maki hamun i dengan ayat ayat yang sgt 'best' untuk dibaca . Bodoh, takda otak semua ada la dalam ayat dia tuh. Then dia boleh kutuk kutuk i cakap muka i macam katak puru. I cakap la katak puru tu ciptaan Allah. So bermakna dia mengutuk Allah bukannya i. I cakap la i ni manusia dia boleh panggil katak, so dia pon katak jugak sbb dia pon manusia jugak. And i cakap even kalau dia nak cakap i anjing atau babi pon i terima jugak sebab dia pon sama macam tuh.

Yang paling kelakarnya, i dok speaking masa balas komen komen die tuh. Dia tak paham weh, dia cakap ayat i cacat. Then i pon balas lah, 'ayat aku yg cacat atau kau yg bodoh tak reti english' . hahaha time tu i rasa dia memang lagi bengang lah. Tu yg paling i tak tahan bila berdepan dgn 'mamat korea' tuh. Lagi satu, dia ada cakap yg budak masuk u tu bodoh sebab last last nanti ke dapur jugak. Wah, ni satu point lagi i nak hentam dia. Then i reply, 'owh tak taw pulak selama ni kau tak penah masuk dapur, mungkin kau makan dalam reban kan'. hahaha *ayat i dalam b.i, dia memang tak paham lah then terus block i. hahaha :P . Guys, i nak tanya kenapa dia nak block i sedangkan dia yang dok post kat wall i macam macam. ade 3 post. I langsung tak delete sebab i rasa i akan jadi bodoh kalau i delete. I biarkan je dia nak cakap apa. Tup tup dia yg block i dri fb dia. hahaha. Kelakar lah. *Rugi i tak copy ayat ayat dia.

Kawan i ada sekodenggg fb dia. Dah nama budak tak berapa nak cemerlang, profile langsung tak private. Kawan i cakap dia dok mengata i dekat status die. Siap mention nama i lagi then ada lah gurl sorg ni yang dok komen. Jap eh i paste status and komen komen dia. 

"pakai spek .muka mcm ber0k belanda makan buger . .hdung c0ngek je nyampuk at wal aku tadi . . . .cacat gla tah dtg dri mana aku tak tau . .anak pr0jek agaknye"

"hahaha muka mcm berok zurini baharum..ada ka die marah aku wat status .dengki ah tu amai owg like status aku die na marah2 plak"

"memang pun jelous..wal die tak ada owg nak like . .mule lah die tetibe anta msej marah tak bg abg man wat status .dia ingat tok ki dia punya fb ka . .kan ."

"zurini baharum tu lah..anak kacukan berok belanda yg hdung c0ngek tu mcm m0to ngah wikang ."

"tahu takpa . .tetiba ja nak bengang dgan org apasal..kan dah kena buli mula nak menanges .harap umor je dah besar..tp bodoh . .puiih ."

"padan muke die .bia die rase. . . .owg kalau baik dgan aku tak serabot aku ok aku layan jambuuuu je. .ni tak mcm tahape hape perangai .hahaha .nah .nt topup nye dah gune..ketas die jgan buang .sumbat je dalam lubang hdung zurini baharum tu yeh"

"cepat lah sumbat nak tngok mcm binatang ape pulak . . ."

"hahahaha muka dia macam ibu badak sumbu pakai kaca mata . . .hahaha ketawakan dia hahahahahahahahahahahahahaha ."

"hahahahahaha run salim bachik . . phuiii ludah kat muka zurini baharum tu .phuii3"

Okay dari sini i nak korang semua judge sendiri la kan dia ni orang yang jenis macam mana. I memang tak kisah pon dia cakap apa dekat i sebab dia langsung tak professional. Kalau betul nak bagi i marah, kenapa buat status tapi block i. Nampak sangat dia takut kan. And kalau korg perasan dia ada cakap yg i tiba tiba msg dia marah marah tak bagi buat status. hahaha what a stupid pondan. Dia cakap kat diri dia sendiri. Padahal dia yang tiba tiba pm i marah marah i. I tak tipu. 

Cuma dekat sini i nak cakap yang i memang tak puas hati bila dia cakap i anak projek. Yang tu memang i dah tak boleh sabar lah. Dia dah libatkan parents i. Siapa dia nak fitnah i sampai macam tu sekali. And apa masalah dia dgn i sampai nak mencanang i macam tuh. Hello, i langsung tak pernah kenal dia. Kalau orang yg dok komen komen dekat status die tanpa tanya punca, i assume yg org yg komen tu pon 'cerdik' macam dia jugak. Mengutuk fizikal i tu memang i tak kisah pon lah . Sikit pon i tak terasa. Kalau lah korang tengok muka dia, mesti korang nak muntah sebab terlalu 'awesome'. *ok i pon dah 'ter'mengutuk fizikal die jugak. hahaha :O

Itu lah, kalau nak kutuk hidung i besar, cermin dulu hidung dia tu macam mana. Kalau nak kata i bodoh, nilai dulu diri dia tuh . Ini tak, cakap main sedap mulot je then komen yang ntah pape. Ni lah manusia sekarang kalau hidup tanpa ilmu dan agama, diri sendiri tak perfect, nak mengata pada orang lain. Last last, sendiri dapat malu . Korang mesti tanya kan, i tak malu ke mention semua ni dekat sini. Jawapan i, sikit pon i tak malu sebab i memang nak semua orang tahu yg i bercakap kerana kebenaran.

p/s : kalau korang terasa nak tengok 'mamat korea' ni, just type Bi Rain and search . I rase ramai kot yg guna nickname ni. Pandai pandai la korang cari. Profile picture dia gbr faizal hussin dlm cerita gila gila remaja. Tapi tak taw la pulak kalau dia dah tukar. hahaha Renung renungkan dan selamat beramal :) Assalamualaikum .


Wednesday, August 3, 2011

Lagu Raya .

 

 

Jalil Hamid


RAYA

Bila sebut pasal raya
Semua ingat Hari Raya
Tapi jangan pulak kita lupa
Ada seribu satu kata
Berkait dengan raya
Selain Hari Raya

Tak kira apa bangsa
Orang melayu orang cina
Orang putih atau orang india
Orang timur orang barat
Di seluruh dunia
Ada hari raya
 
Kalau banyak harta benda
Orang itu kaya raya
Kalau tempat lalu kereta
Itulah jalanraya
Hentian bas ibu kota
Itu di Puduraya
Di tengah bandaraya

Kalau banyak jalanraya
Dipanggil lebuhraya
Bunga lambang negara
Namanya bunga raya
Tukang menyelenggara
Mengawas harta-benda
Jabatan Kerja Raya

Gembira kita di hari raya
Makan kenduri di balai raya
Kalau kita malas nak puasa
Kita sama macam hantu raya

Selamat hari raya
Selamatlah beraya




Tik Tok !


Popular Posts