Hye semua. Wow, gila lame i tak updates blog i nih. Totally sebulan dah ! haha. Korang semua apa khabar? I sihat je and semakin sihat+tembam+gemok+montel= comel. haha. I tak taw lah macam mana badan i boleh semakin mengembang. Nak kata bahagia tak la jugak sebab kandang kadang tu tak bahagia sangat. huhuhu. Eh, kalau cakap pasal Julai mesti korang taw kan pasal football. Friendly match. Kelab kelab gergasi England datang Malaysia. Hoi, dengar macam dasyat kan? Ye, memang ! Especially nya i dengan kawan i si Rudhiah. Memang nak pergi tiga tiga match.
So nak dipendekkan cerita, I dengan Rudhiah dapat tengok satu match je which is CHELSEA vs MALAYSIA. Sebabnye adalah kekurangan RM. hahah. Maklomlah i duduk rumah, tak keje. Mana lah i nak cekau duit. I memang badget duit untuk gi dua match. (arsenal and chelsea) tapi Rudhiah ada money problem, so kiteorg pergi satu je lah. Kenapa i tgk Chelsea? Sebab i nak tengok TORRES. Yes, FERNANDO TORRES 9. I kan sebenarnye fan of LIVERPOOL tapi i kena buat pilihan nk tgk Liverpool or Chelsea. So demi untuk nak penuhi impian i dari dulu untuk tengok Torres, i pon pilih la untuk tgk Chelsea. Memang tak menyesal pon. hahaha :)
19 julai i gerak gi k.l rumah kakak i. Game tu hari Khamis, so i dah deal dengan Rudhiah jumpa dekat Mid Valley sebab i nak beli barang jap, pastu tukar baju then terus gi bukit jalil. Hoi, memang beribu lah umat manusia kat situ. Kiteorg sampai BJ dalam pukul 3 petang. Masa tu orang dah ramai. Dah la panas terik, orang berpusu pusu datang. Macam biasa lah, banyak orang menjual barangan bola. Ada mafla, rambut palsu, jersi, vuvuzuela and berlambak lagi. I ada beli mafla dengan benda alah yang lilit dekat kepala tu. Ntah apa namenye i tak taw. Cuaca panas menyebabkan jualan air sangatlah laku. Lebih kurang pukul 5 petang, orang ramai dah berkumpul depan gate. Mak ai, awal gila ! Game start pukul 8.45 malam.
Disebabkan dah ramai orang yang beratur, i dengan Rudhiah pon berkumpul lah jugak dekat situ sambil snap gambar. Haha yang kelakarnya ada pulak mamat 5 ekor nak bergambar dengan kiteorg and Rudhiah boleh pulak sangkut dengan mamat mamat tu semua. Mungkin sebab die takde pakwe lagi kot, sebab tu die nak ngorat. haha. Lepas puas bergambar, i dengan Rudhiah dah diam tak taw nk buat apa. Tunggu la sampai pukul 6.30 lebih kurang macam tu, baru la gate bukak. Mase beratur nak masuk, boleh pulak mamat mamat yang Rudhiah berkenan tdi tu offer kiteorg beratur depan dieorg. Ape lagi, peluang jgn ditolak lah. haha
Masuk je dalam stadium, kiteorg cari la seat yang best. dapat duduk depan. Best wooo walaupun bukan dekat tempat yg dekat dengan laluan pemain masuk padang.hahaha. Dah beli pon tiket rm58, memang padan lah pun. hahah. Lebih kurang pukul 8, ada la beberapa player yg masuk padang. Yang i nampak jelas Terry, Drogba, Cole and Anelka. Torres takde pon. Lepas tu, pukul 8.45 semua player masuk padang then bermula lah match tuh. I duk snap gambar torres je lah. hahaha. 2nd half Torres dah tak main. huhu. Okay lah, panjang sgt dah i bebel ni. Layan gambar pulak eh.
Banyak lagi pic kiteorg amik. lebih kurang 700 keping. hahahha. Gila punya pasal dekat bola. Okay lah, bila bila nanti i update lagi. Salam :)






No comments:
Post a Comment